Ads.

Tuesday, April 13, 2010

Jom Beli Sabun Organik: Baik untuk kulit, baik juga untuk poket :)


Sabun Organik kini menjadi antara produk-produk kecantikan yang hangat di pasaran. (Ayat macam tulis intro untuk article dalam magazine Dewan Bahasa dan Pustaka je). Sorry eh, otak tak berapa kreatif hari ini sebab kesibukan meng-organise Press Conference dan keterpaksaan menghadiri mesyuarat yang bertubi-tubi bersama Pengarah. Akibatnya, otak kering dan ayat semua jadi skema. (-.-) <<--- Mariella dalam meeting. Kebosanan!

Hissh...korang jangan la layan I merepek ni. Nanti penyakit merepek ni menjadi-jadi pula. Nanti siapa yang susah???!! I juga yang susah. Ehh...??? Ahaha...Hahahahaaha (Ni sah tekanan persaan sebab di-brain washed dalam meeting).

Sejak I posting entry Tips Kecantikan: Kulit Mulus Bak Kulit Telur dan Tips Cantik Jelita: Makeup Pilihanku. Semakin ramai wanita-wanita cun-melecun order Sabun Organik Tomato yang saya dok promote tu. Tapi betul...demi Allah, sabun tu memang bagus! Member-member yang try baru-baru ni semua alhamdulillah berpuas hati la katekan. Garenti best punya!!!

Antara testimonial-testimonial yang I terima...
(maaf geng kalau tak habaq awal-awal nak masukkan testimonial ni :P)

"So far my pimples dah reduce sikit...The redness on my face is getting lesser and can see some improvement la..." - used Organic Tomato Soap for 1 week only.

"Yeah...saya guna sabun Tomato ni 3 bulan je dah nampak hasil yang berkesan la babe..." - used sabun Tomato for 3 months loved it eversince.

" I bagi my friend try 1/4 of the sabun. Baru pakai 5 hari die dah nak order sebuku. Best, best..." - recommended to family & friends.

...dan banyak lagi. Tapi I je tak ingat. Alhamdulillah, peminat sabun ni semakin meningkat. So, it IS good after all, no?

Okay, hari ni I nak buat pengumuman penting!!

"Kepada sesiapa yang berminat atau bercita-cita dalam diam (jangan malu-malu eh~) nak membeli sabun Tomato Organik ni, silalah berikan nama anda secepat mungkin. Ini kerana, sabun ni sangat, sangat, sangatlah limited. Sebab diimport dari Filipina. So, next week saya akan terima 10 buku sahaja. Siapa nak beli, cepat-cepat berikan nama dan bank in duit. Cume RM20.00 sahaja sebuku (3inch x 3inch)."


Bagi sesiapa yang tidak tahu, Sabun Tomato Organik ni sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Sabun ini diperbuat daripada 100% bahan organik melalui proses tradisional yang dipanggil 'Cold-pressed Process'. Tomato mempunyai Lycopene yang bertindak membunuh kuman-kuman dan anasir-anasir jahat (comel tak??) yang menyebabkan jerawat.

Selain Sabun Tomato ni, ada juga sabun-sabun Organik yang lain kalau anda berminat nak mencuba.

Koleksi Sabun-Sabun Organik sekeluarga dengan Sabun Tomato
Harga sama sahaja RM20.00 sebuku.

Sabun Organik Rice Bran
Sesuai bagi mereka yang berjerawat di badan, kulit tidak sekata, allergi, bekas jerawat dan tompok-tompok hitam pada kulit. Butir-butir beras yang terkandung pada sabun ini dapat membantu melicin, melembap dan melembutkan kulit dengan menanggalkan sel-sel kulit mati. Dia macam sabun scrub la.






Sabun Organik Honey & Oats
Sabun ini juga berfungsi sebagai sabun scrub. Tetapi lebih lembut berbanding sabun Rice Bran tadi. Boleh digunakan untuk muka ataupun badan. Khasiat Oats yang akan menjadi 'milky' apabila basah dapat melembapkan kulit sambil menanggalkan sel-sel mati pada kulit anda. Saponins pada Oats ini juga merupakan 'natural cleanser' yang dapat membersihkan liang pori-pori (deep cleansing). Honey pula sangat bagus untuk mengembalikan kelembapan pada kulit anda.





Sabun Organik Black Pearl
Sabun ini sedikit kecil dari segi saiz berbanding sabun Organik yang lain. Mempunyai khasiat Collagen yang membantu membaiki keanjalan kulit anda (skin elasticity), mengurangkan risiko kulit cepat kedut dan wrinkles formation. Mencerahkan kulit terutama dark spots dan bekas-bekas jerawat anda. Mempunyai Licorice yang bertindak sebagai agen anti-bakteria untuk membunuh kuman.




Sabun Organik Kojic
Kojic adalah sejenis cendawan yang tumbuh di Jepun. Sabun Kojic ini sama function dengan sabun Tomato. Sesuai bagi mereka yang berkulit minyak ataupun combination. Mempunyai khasiat anti-bakteria yang dapat membunuh kuman pada kulit. Balance kan tona warna kulit anda. Mencerahkan kulit serta mengecilkan pori-pori pada muka anda.



Sabun Organik Papaya & Goat's Milk
Macam sabun susu kambing yang lain-lain sabun Organik ini sangat lembut (mild). Sabun ini juga dapat melembapkan kulit anda. Susu kambing mempunyai Alpha-Hydroxy-Acid (AHA) yang membantu memelihara dan memperbaiki kulit anda. Enzim pada Papaya pula membantu mencerahkan kulit sambil menanggalkan sel-sel mati kulit.







Sabun Organik Grapeseed
Sangat sesuai bagi mereka yang berkulit sensitif dan kering. Membantu mencegah kerosakkan kulit akibat free-radicals (bendasing) dan memperkuatkan struktur kulit serta megawal kelembapan kulit anda.









Sabun Organik Strawberry
Biji-biji poppy pada sabun ini bertindak sebagai scrub manakala Strawberry yang kaya dengan Vitamin C ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mencerahkan kulit. Juga dapat membantuk melegakan kulit sunburn. Sabun ini juga kaya dengan khasiat anti-oksida yang bantu melegakan radang akibat jerawat. (Anti inflammatory).





Sesiapa berminat...sila tinggalkan nama eh =)
Sekian terima kasih, jasamu dikenang....

Reserve List: Sabun Organik Tomato
1.  Gee
2.  Syaf
3.  Elin
4.  My Hubby (ngehehe...die pun suka)
5.  Fardilla (paid)
6.  Ilyani
7.  Cik Hel (paid)
8.  Nurul Harun (paid)
9. 
10.

14 comments:

Fardilla Fawzi said...

Wei aku nak....Bak meh no akaun aku bank in kan...huhu

ilyani said...

for me one :)

Mariella said...

@along - bak mai email hang

@ilyani - tomato issit?? can i have your email plz.tq

Fardilla Fawzi said...

fardilla86@yahoo.com

helena's said...

arini i masukkan duet okay!

Mariella said...

@cikhel - okie. thanks :)

Nurul Harun said...

kakkkkk..nurul nak order 1!!

erine roslan said...

i want one. tq.

capriezda said...

sis, i nak sabun tomato =) boleh?

Mariella said...

erine - please leave me ur email. thanks :)

capriezda - sure, boleh. minta tolong tinggalkan email or email me at leanne.ar@gmail.com thanks.

SweetSyaza said...
This comment has been removed by the author.
CARA MEMBUAT SABUN said...

wife saya pernah guna dan berhasil, patut semua mencubanya.

http://hamemah.blogspot.com

uncle said...

aduhhh time tengah kopak uncle nih..tapi mmg menarik sabun tu..takpa kalau ada rezeki (claim) uncle akan hubungi kamu ek

Raifah Azene Ramli said...

macam mana i nk order oathoney tu? i nk try 1

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails