Ads.

Friday, February 19, 2010

Tips untuk Bersenam - untuk jadi Kurus Kering, Cicak Kubing


Adakah anda suka menternak lemak? (hah...jawab,jawab!)

Saya berani mengaku...Ya, hobi saya adalah menternak lemak a.k.a mengemukkan diri. Menternak lemak dengan cara tidur pada waktu cuti, bangun tengah hari dan makan, makan dan makan. Hehe. Sumpah, aku suka makan. Bak kata Abah, kalau tak makan sekarang, nanti kat kubur sok tak dapat! (hihi~) Tapi, betul ape...

Antara makanan kegemaran saya ialah:-

Jelly @ Agar-Agar
I don't know why, but I can't resist jellies

Cupcakes !!! Especially, pink ones!

Kway Teow Goreng with Kerang/Udang and Cili Padi Kicap (semangkuk)

Ayam Goreng Tepung, panas-panas

Fuh~!! Lapar lah pulak...

I saje je letak gambar yang menggiurkan, khas untuk mereka-mereka yang merantau and susah nak dapat makanan sesedap macam ni kat Malaysia. Malaysia boleh, yeah! Malam ni definitely I nak ajak Hubby pergi Uptown, makan Kway Teow Goreng kerang and Lala Goreng Cili. Yum, yum~! Sudah Liyana, sudah...stop it! See, I told you I memang suka bab-bab makan ni.

Eh, topic pasal cara-cara nak bersenam dengan betul. Tapi, non-stop-talking on food that will tip off your BMI index. <<---ape kebende ni weh?

Selaku manusia yang memenangi title 'Ms. Kuat Makan - Category Perempuan' by MIHAS Secretariat @ office saya dan ' Juara Bertahan: Makan sampai tutup kedai - Category Buffet' ikhlas daripada rakan-rakan saya :') saya ingin berkongsi cara-cara untuk counter balik lemak-lemak yang telah dikumpul.

Body Mass Index - BMI

Sebelum itu, mari kita buat kunci kira-kira (teringat zaman Accounts cheq..hadoi!) eh, bukan kunci kira-kira lah, kiraan BMI @ Body Mass Index @ Purata Lemak anda berdasarkan ketinggian or senang kata, bertapa gemukkah anda :P. hehe.

Step 1 - Ukur ketinggian anda (dalam cm @ m) dan nilaikan berat anda (dalam kg). Tips saya: JANGAN TIPU LA WEY...hihi

Step 2 - Gunakan formula ini untuk mengira

BMI = weight (kg) / [ height (m) x height (m) ]

Tips lagi: 1 m = 100 cm , maka kalau anda 150cm
bahagi (/) 100 = 1.5 m

Step 3 - Bandingkan result anda...


Jika anda dapat < 5 =" anda">

Jika anda dapat antara 18.5 - 24.9 = tahniah,
anda normal, just nice.

Jika anda dapat antara 25.0 - 29.9 = anda gemuk!
kene exercise.

Jika anda dapat > 30.0 = anda Obese or sangat
gemuk! kene exercise hari-hari
.



So, sekiranya you all fall under category under weight, my advise silalah makan banyak sikit eh. Category normal, congratulations! Category gemuk & Obese...please do something or its too late.

Tetapi, tahu tak wahai pembaca budiman, kurus atau obese anda still kene exercise and move your body. Jangan ikutkan sangat fad diet tu @ diet yo-yo sebab anda berkemungkinan akan bertambah berat badan double the time, later on. Betul, tak tipu. Ini based on my experience.



So, cara yang terbaik ialah bersenam tak kisah lah cardio ke, aerobik ke, berenang ke in short, move your body babeh~! Nasihat saya, anda nak kurus kena lah berusaha. There is no short cut. No pain, no gain babeh~! (banyak plak babeh saya hari ni :P)

Tips untuk Kurus @ Cara Bersenam

Bersenam pun ada caranya. Tak boleh la pakai hentam je, asal boleh. Kalau silap teknik, mungkin anda hanya membuang karen (current @ tenaga) je. Silap-silap, makin gemuk pula.


Step 1. Sebelum bersenam, mesti warm up. Ala macam time sekolah dulu-dulu - 1,2,3...8 lapan lagi! Make sure time warm up, kene betul-betul stretching. Kalau tak stretching, itu yang lepas exercise terus jalan teresot-esot macam ketam. Maklumlah, dah 5 tahun tak exercise (ops~!)

Vital parts yang harus dan wajib di stretch betul-betul - tangan & bahu, pinggang, kaki (peha, lutut and buku lali). eh, macam semua je. Memang semua pun.




Step 2. Lepas stretching, berlari-lari anak (or small jog) pada setempat untuk panaskan badan anda.



Step 3. Selesai small jog, baru lah anda boleh memulakan aktiviti Kardio anda. Ingat: Aktiviti Kardio haruslah dilakukan sekurang-kurangnya 20minit dan jangan melebihi 50 minit kerana mungkin memudaratkan.

Antara Kardio yang boleh dipilih - jogging, brisk-walking (ini bukan jalan lenggang kangkung tau! tapi jalan macam rushing pergi exam hall @ bila ada sale), running, berbasikal (tidak digalakkan bagi perempuan), aerobik, dancing, dll. Kalau berenang pula anda, sangat-sangat penting bagi anda untuk stretching untuk mengelakkan cram. The downside of swimming is that you will be hungry like mad right after workout.



Step 4. Selesai Kardio, anda harus dan wajib untuk buat weights @ angkat berat selama 10 minit. And please, please, please lah jangan terus duduk termengah-mengah ok. Nanti besar buntut tu! (tak tau la scietifically betul ke tak). Tujuan weight lifting ini adalah untuk tone-kan muscle anda @ kuatkan semula muscle secara tidak langsung akan membakar lemak-lemak jahat tu (ahaa..'jahat'!). And tangan anda nampak langsing dan tidak menggelebeh.

Don't worry, angkat berat tidak akan menghasilkan muscle yang berketul-ketul macam Malik Noor tu. Untuk menghasilkan muscle-muscle tu, anda kene minum protein-shake la, weight lifting sejam sehari la, bla, bla....kesimpulannya, it all takes a lot of work. So, setakan 10 minit, takkan jadi nyer muscle berketul-ketul.

Tips: Kalau tak ada dumbell (haha, 'loceng bodoh'...ok, sumpah bunguk aku ni T_T), boleh lah menggunakan 2 x botol air 1 Litre diisi penuh dengan air. Sewaktu mengangkat berat, focus kepada pusat pengumpulan lemak melampau seperti triceps (lengan bahagian bawah yang menggelebeh tu).

Step 5. Untuk tone-kan peha, anda bolehlah berbasikal di atas angin. Macam mana tu? Senang je, baring dan angkat kaki anda ke atas kemudian buat macam konon-konon anda mengayuh basikal. Buat 100 kali. (mak aih~ T_T)

Untuk tone kan punggung anda pula, lakukan aktiviti naik-tangga-turun-tangga sebanyak 100 kali. Tak perlu naik tangga sampai atas tau, setakat naik satu step and turun satu step sudah memadai. Kalau takde tangga, be creative...bench dekat park pun boleh, dll.

Step 6. Kalau larat lagi, (caiyok~!) anda bolehlah melakukan aktiviti Kardio sekali lagi selama 15 minit. Kalau nak interesting, buat aktiviti yang lain pula. And followed by weights again. Kalau larat lagi la. Ingat: Setiap kali selepas buat Kardio MESTI BUAT WEIGHTS! Baru lah boleh pecahkan lemak-lemak degil tu.

Step 7. Last step, warm down. Kalo skip step 6, boleh terus ke step ni. Exactly macam warm up tapi dari bawah ke atas. Maknanya, start dengan stretching kaki dan last sekali stretching tengkuk. And take a deep breath....aaaaaahhhh~

Selesai. Senang kan? :')

Lakukan aktiviti senaman ini sekurang-kurangnya 3x seminggu. Ingat pesanan saya, NO PAIN, NO GAIN.

Have fun and all the best!

xoxo,

Mariella Liyana



Disclaimer: The steps mentioned above are purely based on the writer's own personal experiences and her apprehension on the subject matter. These steps does not guarantee a complete loss of weight and prior consultation with your doctor is needed before following this regime.

6 comments:

Mariella said...

confession: setelah 3 bulan enjoy @ makan sampai gemuk dan bulat...saya telah kembali melakukan regime kurus saya ni. adalah... dalam 2 minggu baru start. ngehehe

GurL-FriDay said...

makan memang best. nak kurus balik, seksa! i have to drag my ass back to the gym cuz winter is almost over and hibernating season will soon be over too. plus i dont want to end up looking like a grizzly waking up from her hibernating session. hihi!

Mariella said...

cute pe jadi teddy bear...tp jgn la grizzly n grumpy. hilang cute, you!
ahaks...

marilah bersama-sama membanteras lemak. caiyok!!

dya said...

haha.agree with the senaman part..
dulu masa mula2 diet langsung taknak bersenam.totally kurang makan je.sebab takut if bersenam muscle naik dan berat takde beza.so end up kurus tapi looking pathetic and unhealthy.baru naik tangga 2tingkat dah semput macam orang tua.:P

now baru ade kesedaran nak bersenam,jogging and play some sports, dancing ke. skang dah tak cepat letih,otak cerdas..cewah.and takdela bulk up pun.juat nak bagi fit body parts yang menggelebeh2 semua.:P

dan yg penting tidak lagi nmpak pathetic.mind you, my arms dah fit sikit.hehe..baru arm la tapi,yela baru satu sem start exercise..:P

haha..caiyok girls..exercise..!!
aku nak tengok korang jadi hot mamas nanti okeyh!;)

POSH76 said...

nak exercise balik ni ...cari tips

nana said...

sob2 , badan makin besar.semua dah bising. so now tengah carik tips la nk kuruskan badan..haha..semperna cuit sekolah ni. apa salahnya kan..btw suka baca post u, kelakar and berfaedah..haha...dumbell..loceng bodoh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails